Tuesday, February 16, 2010

JALAN KE ANDALUS




jalan ini di ketuai imaginasi fikir kamu sendiri.dimana aku sendiri senang menjinjing kamu ke pangkal pintu andalus.atau kau lebih senang menipu nafsi dengan berjalan bersama sama jisim yang masih bernafas seiring kedinginan dalam kejutan budaya ini.
buta lah mata ku ketika dapat melihat kau sendiri menjadi bangkai kota yang sedang berpura pura di andalus itu.maka tangisan yang lama mengalir ini menjadi kering besama alis pagarnya.terkadang tuh aku gelap melihat singa pura yang bermegah helah itu.kadang kala pula aku pedih dan luluh meihat silap mata muda kini yang sering menjadi menjadi.
jalan ini piihan tersendiri.andalus pula tidak perlu diberitahu dimana tempat magis nya itu.sendiri tahu sendiri berdiri.pusing pusing kau juga kena giling.

aku berharap tinggi pada angin,khabarkan lah tempat ini.
mereka perlu meninjau dan merasa dengan deria yang diberi dari ilahi.

nescaya sila kan,ke jalan andalus.aku sendiri berdiri di sini memerhati sehingga lesu dan berhenti.

Thursday, February 4, 2010

INI YANG ADA



kerana masalah
sempadan tidak mengenal tembok depannya

maka yang ada hanya ini
semasa aku borak-borak dengan fairus


FAIRUS-
maut itu adalah destinasiku,maaf lah omar aku takda blog

AKU-
jadi senyap lebih baik dari mati
mendengar lebih asyik dari menari



FAIRUS-
..........////


AKU-
kata kata aku di dalam langkah masa yang tidak bergerak.
terpusuk di tengah tengah sempadan,ke kiri pun enggan ke kanan pun enggan
senyap diam tak kemana mana,perlukan aku disyorkan dengan jalan mudah lain?
FAIRUS-
rumit!



*petikan ini ditokok tambah dengan kesahihan aku sendiri.sorry fairus.aku cuba menghidupkan suasana wayang gambar.pantulan digital diatas juga inspirasi ruang kau betul tak.

aku senang kita begini.jangan ubah.jangan rebah.apa yang kita buat bukan sesuatu yang murah bukan sesuatu yang mudah.terima kasih panel maya! (fairus)